Saturday, March 14, 2009

Tarian Zapin

Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di tanah semanjung melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:-


Tarian zapin arab

Tarian zapin Johor
Tarian zapin Lenga
Tarian zapin Pekan
Tarian zapin Tenglu


Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab–Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud “gerak kaki” daripada perkataan ‘al–Zafn’. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian. TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPINSebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat :

1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari.
2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari.
3. Peringkat ketiga - penutup tarian.


Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata– kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN
Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari–penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.





Disediakan oleh:
FARHANA ABD SAMAD
CA08107
C17

No comments:

Post a Comment